follower[s]

|
Bonjour Fellas! ![]() Hello
Navigate! Wanna Scream? ![]() Credit Section! Template by : LiyanaIzzati Basecode made by : AreQil Background : Nurul Atiqah Header : Nurin Asyada Best view : Google Chrome |
INDAH ITU NAMAMU
Takku sangka
dia adalah gadis yang aku rindui
<3Rupanya
ada di sisi<3
“Pian!!!!!”
Gedebuk!!!
“Aduh!Sakit
pinggang aku.Apalah mama nie.Tak sayang anak ke?”Omel Sufian Adriansyah yang
terpisat-pisat bangun dari lantai.
“Padan
dengan muka kamu.Mama kejutkan elok-elok tak nak bangun.Sudah,pergi mandi.Papa
dah tunggu dari tadi nak breakfeast dengan kamu.Dah besar panjang masih nak
mama kejutkan dari tidur.Apa nak jadi dengan kamu nie,mama pun tak tahu,”bebel
Puan Farah,geram dengan sikap anak bujangnya yang tak pernah nak berubah.
“Alah
mama.Hari nie weekend.Bagilah Pian tidur puas-puas.Mama jelah yang temankan
papa sarapan.Orang ngantuk lagi nie,”Pian merebahkan tubuhnya kembali ke
katil.Rasa mengantuknya masih belum hilang lagi.Mana taknya,semalam pukul 4.oo
pagi baru dia tidur.Chatting YM.Itulah kerjanya setiap malam minggu.
“No
more excuse,”Puan Farah menarik tangan anaknya.
“Mama,”Puan
Farah mencerlung.
“Okey,orang
bangun,”Sufian mengalah lalu menuju ke
bilik mandi.
Puan
Farah tersenyum sendiri.
“Macam
manalah nak jadi laki orang kalau perangai still macam budak-budak,”bisik hati
Puan Farah.
JJJJJ
“Pagi
semua,”ucap Sufian dengan suara malas.
“Pian,”
“Ada
apa papa?”Sufian memandang tepat ke arah Tuan Baharom.
“Papa
ada hal nak bincang dengan Pian.Lepas
breakfeast jumpa papa kat bilik kerja papa,”ucap Tuan Baharom sebelum beredar dari meja makan,
“Bunyi
macam serius jerk.Papa nak bincang apa dengan Pian?”Soal Sufian ingin tahu.
“Kamu
akan tahu nanti.Dah,habiskan mee goreng tu lepas tu jumpa papa,”ujar Puan
Farah.
‘Apalah
yang penting sangat nie?Tuan President nie suka sangat buat suspen,’fikir
Sufian.
Gelaran “Tuan President”di cipta khas untuk papanya kerana sikap tegas orang tua
itu.Sesuai sangat kerana di rumah dan di pejabat dia adalah ketua yang tegas
tapi sweet bila dengan mama.Cemburunyer.
JJJJJ
“What??Kahwin??”Jerit
Sufian.
“Yes,papa
nak Pian kahwin,”tegas Tuan Baharom.
“Pa!Papa
tak boleh paksa Pian kahwin dengan orang yang Pian sendiri tak kenal.Itu kerja
gila namanya.Pian tak nak and tak setuju sama sekali,”bantah Sufian.
“Setuju
atau tidak.Papa dah buat keputusan, kamu akan berkahwin hujung bulan depan.Kamu
sudah pun di tunangkan minggu lepas,”terang Tuan Baharom.Dia takkan sama sekali
mengubah keputusan yang telah di buat.
“Hah!Apa
semua nie papa?Papa tak pernah bincang pun perkara nie dengan Pian.Pian dah di
tunangkan dengan orang yang Pian tak kenal.Perkara ini langsung tak masuk dek
akal.Kenapa papa buat Pian macam nie?”Sufian masih berdegil.Dia adalah orang
paling benci kalau hidupnya di atur oleh orang lain.
“Ini
semua untuk kebaikan Pian,”tutur Tuan Baharom
“Kebaikan
apanya papa.Anak papa nie muda lagi.Masih belum puas hidup sendiri,”
“Itulah
masalah kamu.Hanya tahu nak bersendirian sahaja.Papa buat macam tu supaya kamu bersikap
lebih matang dan bertanggungjawab.Sampai bila kamu nak hidup macam
nie?Girlfriend pun tak ada.Balik sahaja kerja,duk asyik memerap dalam bilik.Itu
jelah kerja kamu.Tak bosan ke?”Bukan Tuan Baharom tak bersyukur dapat anak yang
tak suka bersosial tapi dia bimbang
kalau anaknya terus-terusan hidup bersendirian.Lagipun dia sudah tua.Dia ingin
melihat anaknya berumahtangga.
“Dia
gadis yang baik.Papa yakin dia boleh menjaga kamu dengan baik.Rumahtangga kamu
pasti bahagia nanti,”Tuan Baharom memujuk.
“Kalau
macam tu papa jelah kahwin dengan dia. Lagipun Pian dah bahagia sangat dengan
tangga yang ada kat rumah kita nie,”ujar Sufian sebelum melangkah keluar.
“Pian,papa
belum habis cakap lagi nie,”panggilan Tuan Baharom tidak di hiraukan oleh
Sufian.
JJJJJ
“Awk,papa kite paksa kite
kahwin.Kite tak nakL.Smpai atie papa buat kite mcm nie..”Pian Periang says.
“Awk,kite tahu awk
sdeh.Tapi tak baik ingkar ckp org tua,”Sweety Love says
“Awk nak kite trime cdangan
papa ke?”
“Sebenarnya,kite nak
bgitahu satu bnde dgan awk,”
“Apa yang awk nak bgitahu?”
“Kita dah tunang awk.Tak
lama lgi kite nak kawin.Kite mntak maaf sbab tak bgitahu awk awal-awal.Lepas
nie,kite dgan awk dah tak bleh chat mcam dulu lagiL”
“Knape tak bagitau kite? L”
“Kite mcam awk jugak.Kite
kena pksa kawin dgan dia.Kite mmang xnak tpi kite xnak jadi anak
derhaka.Mungkin kite dgan awk dah di takdirkan brkawan setakad nie jeL.Kite nak ucap slamat tggal and trime kasih sbab sudi jdi kwan
kiteJ”
“Takkan semudah tu je awk
nak ptuskan hubungan kite nie?”
“Kite kalau boleh xnak
hubungan ini terputus macam tu je.Walaupun selama dua tahun ini kite xpernah
bersua muka tapi kite sangat menghargai persahabatan ini.Kite sayangkan
awk.Mungkin sudah takdir kite just boleh berkawan di alam maya sahaja dan kite
terpaksa putuskan hubungan kerana situasi yang tidak mengizinkan.Kite harap awk
boleh terima dan hidup bahagia di samping isteri awk nanti.Doakan kite juga
k.Kite nak out dulu.Slamat tnggal untuk selamanya.Maafkan kite kalau selama
nie,kite bnyak buat sakit hati awk L Love u my friend,”
Sufian memandang sepi kata-kata terakhir
sahabat alam mayanya itu.Tiada balasan untuk kata-kata itu.Hatinya di rantai
pilu.Entah kenapa,sukar untuk dia melepaskan sahabatnya itu pergi walhal mereka
hanya sahabat biasa yang tak pernah bertemu meskipun dua tahun persahabatan di
antara mereka terjalin.Mungkinkah kerana dia adalah sahabat yang setia di saat Sufian memerlukan teman.
“Slmat tggal awk.Kite
juga doakan awk bhagia di sisi suami awk.Harap awk luper dgan semua kenangan
kita bersama,”
Sufian
akhirnya akur dengan perpisah ini.Sufian menutup laptopnya lalu menuju ke arah
beranda.Langit malam ini kelihatan suram tanpa bintang.
“Mungkinkah
malam ini mengerti akan perasaanku tika ini.Aku bagai hilang satu cahaya dalam hidupku.Seperti
mana bulan hilang serinya tanpa bintang bertaburan.Sweety love...Siapa awak
sebenarnya?Kenapa awak begitu berharga dalam hidup saya?Mungkinkah aku sudah
gila?Mencintai seorang wanita yang tak pernah aku jumpa.Such a crazy.Tak sampai
satu jam berpisah aku dah rindu kat kau.Gilerlah kau Pian,”Sufian berperang
dengan perasaanya sendiri.
JJJJJ
Says U Love Me Love
LGibranL
Walau indah mimpiku
Percuma bila harus
terbangun
Ku yakin ada hati tuk kau
bagi untukku
Walau takkan seindah
mimpiku
Selalu saja ada dirimu
Dalam segala cara apa pun
Mengapaku selalu
memikirkanmu
Mungkin tak pernah kau terbayangkan aku
Mengapaku selalu
merindukanmu
Mungkin tak pernah kau
merindukan aku
Say you love me now
Say you love me
Lagu
say you love me love sudah beberapa kali berkumandang di mp3 milik Sufian.Sudah
dua jam Sufian duduk berteleku di tepi kolam ikan milik mamanya.Ikan-ikan kat
situ mungkin sudah bosan melihat wajah muram Sufian yang asyik mengeluh dari
tadi.Kalau ikan-ikan itu boleh bercakap mungkin sudah di halaunya Pian dari
situ.
Dari
sudut lain,kelihatan Tuan Baharom dan Puan Farah duk skodeng anak teruna
mereka.Mereka resah melihat keadaan Sufian pagi ini.Tak ceria seperti selalu
dan kebiasaannya Sufian takkan bangun seawal ini kalau tak di kejutkan oleh
Puan Farah.Pagi-pagi lagi Puan Farah lihat Sufian duduk termenung kat tepi
kolam ikannya,di ajak breakfeast Sufian tak nak.
“Kenapa
dengan Pian tu?Macam orang mati bini je darling tengok,”ujar Tuan Baharom.
“Apalah
darling nie.Anak kite mana ada bini lagi.Baby rasa dia masalah kat pejabat
kot.Darling bagi projek besar sangat kat dia tu,sebab tu dia tertekan,”teka
Puan Farah.
Panggilan
darling and baby.Such a cute couple.Walaupun dah tua.
“Baby.Darling
tak rasa macam tulah.Sebab darling tak bagi apa-apa projek pun kat Pian because
diakan nak kahwin bulan depan.Ini mesti ada kes lain nie.Baby pergilah
tanya.Darling tak nak anak kite gila pula.Dari tadi,kejap senyum lepas tu
mengeluh and then geleng-gelengkan kepala,jangan pulak nanti dia terjun dalam
kolam ikan baby tu.Mati ikan-ikan tu sat lagi.Baby juga yang sedih,”ucap Tuan
Baharom bersungguh-sungguh.
“Darling
nie.Tak baik tau cakap anak kite gila.Darling ikut baby pergi kat
Pian.Jom,”Puan Farah mengheret tangan suaminya sebelum sempat Tuan Baharom
melarikan diri.Tangan Tuan Baharom di paut erat.Puan Farah tau Tuan Baharom
cuba melarikan diri.Satu kelemahan suaminya,tak tahu macam mana nak selami
perasaan anaknya sendiri.Kali Tuan Baharom takkan terlepas.
“Pian.You
have any problem my dear?”Speaking Puan Farah.
“Wow!My
Queen know how to speak in English.Sejak bila nie?”ucap Tuan Baharom
tetiba.Memang selama ini dia tak pernah mendengar isteri berbahasa
inggeris.Lagipun isterinya tidak berpelajaran tinggi.
“Since
rumah kite nie ada astro.Macam-macam ada.Darling tahu apa.Asyik sibuk je kat
pejabat,”ujar Puan Farah dengan bangga.Lupa sekejap mereka mengenai Sufian.
“Mestilah
kena sibuk.Kalau tak siapa nak bayar bil astro baby yang melambung tu,”Tuan
Baharom tertawa melihat wajah isterinya yang menarik muncung.Still comel
walaupun sudah tua.
“Suka
kenakan baby.Tak sukalah macam nie,”Puan Farah merajuk.
“Alah
baby.Darling gurau jelah.Janganlah merajuk.Tadi kata nak tanya Pian apa masalah
dia.Sekarang kite pulak yang bermanja-manja kat sini,”bisik Tuan Baharom.
“Eh!Ya
lah.Lupa pula baby,”Puan Farah menepuk dahi.
“Pian.Kenapa
diam je nie?”Soal Puan Farah lagi.Puan Farah naik hairan Pian langsung tak
memberi sebarang respon walaupun dia dengan Tuan Baharom sedang rancak berbual
di belakangnya.
“Habislah!”Tuan
Baharom bersuara.
“Kenapa
darling?”Puan Farah menyoal suaminya pula.
“Anak
kita dah pekak baby.Kite dari tadi duk buat bising kat belakang nie.Dia buat
bodoh je,”bicara Tuan Baharom.
“Sufian
Adriansyah!!!,”Pekik Puan Farah.Bahu Sufian di tepuk kuat.
Dussh!!!
Sufian
yang tak dapat mengimbangi badannya terjatuh
dalam kolam akibat terkejut dengan tindakan Puan Farah.Basah kuyup
bajunya,di tambah dengan perasa lumut yang berbau busuk.Memang terbaiklah.
“Mama.Apa
nie?Terkejut Pian,”
Sufian
di bantu oleh Puan Farah dan Tuan Baharom untuk keluar dari kolam itu.Puan
Farah serba salah dengan tindakan spontannya tadi.Tuan Baharom pula tak
habis-habis ketawa.Lucu sangat ke?
“Sorry
sayang.Mama tak sengaja. Papa kamulah nie,kata kamu pekak,”
Bahu
suaminya di cubit geram.
“Adoi!!
Darling pulak yang di persalahkan,”bahunya di gosok.Berbisa juga cubitan tadi.
“what?Pekak,”Sufian
ternganga.
“Yalah.Mama
panggil kamu.Kamu buat tak tahu je.Mama dengan papa duk berborak kat belakang
kamu,kamu buat tak tahu je dari tadi,”terang Puan Farah.
“Mestilah
tak dengar kalau....mana pulak benda alah nie pergi,”Sufian seperti mencari
sesuatu.
“Kalau
Pian pakai earfone kat telinga.Orang duk layan punya baik lagu nie.Mama dengan
papa kacau pulak,”Sufian mencapai mp3 nya yang tercampak atas pokok kenanga di
sebelah kolam.Jauh jugak benda tu tercampak.Secara spontan Sufian melempar mp3
nya tadi.Nasib baik tak broken.
“Dahlah.Pian
nak naik mandi.Bau dah macam ikan mama tu.Nanti mama bagi ikan-ikan mama tu
pakai minyak wangi.Bila Pian jatuh lagi nanti taklah bau busuk
sangat,”tuturnya.Sabar jelah.
“Pian.Lepas
mandi jumpa mama dan papa kat ruang tamu,”arah Tuan Baharom.
Sufian
hanya menganggukkan kepala dan terus beredar.Tak sanggup rasanya hendak
berlama-lama kat situ.Jujur memang busuk gegiler!!
JJJJJ
“Pian
setuju dengan keputusan papa,”ucap Sufian sebelum sempat Tuan Baharom dan Puan
Farah berbicara.
Mereka
kaget dengan keputusan yang telah di buat oleh Sufian.Semalam dia berkeras tak
mahu bernikah dengan gadis pilihan mereka.Namun,dalam masa yang sama mereka
bersyukur.
“Papa
gembira dengan keputusan kamu.Papa yakin kamu akan bahagia nanti.She is nice
girl.Esok kamu pergi ke butik pengantin kawan mama kamu untuk cuba pakaian
pengantin and you will see her tomorrow,”Tuan Baharom kelihatan gembira sekali.
Hati
Sufian berdengup kencang apabila Tuan Baharom memberitahunya yang dia akan
bertemu dengan tunangnya yang selama ini dia tak pernah lihat.
“Wahai
hati,kenapa kau resah semacam nie,”bisik suara hati Sufian.
“Pian
ok?”Tanya Puan Farah apabila melihat riak wajah Sufian berubah sebaik sahaja
mendengar kata-kata suaminya tadi.
“Ok.Just
tak sabar nak jumpa tunang Pian.Entah macam mana rupanya,sampaikan mama dengan
papa nak sangat dia jadi isteri Pian.Mesti cantikkan?Yalah anak papa dengan
mama nie kan handsome lagi bergaya.Cute lagi miut,”Sufian menutup rasa resahnya
dengan gurau senda yang terlebih sudah.Bukan handsome sangat pun,adalah macam
Dennis Oh pelakon korea tu.
“Mestilah
cantik,macam Heliza Helmi,”tutur Puan Farah.
“Cantik
memang cantik tapi kami pilih bukan kerana kecantikkan luaran sahaja tapi
kerana dia seorang gadis yang baik dan mempunyai nilai kemelayuan yang
tinggi,”tambah Tuan Baharom lagi.Sememangnya,itulah calon menantu yang dia
inginkan.Bukannya calon hantu.
“Ok. Esok
Pian jumpa dia,”Sufian mengiakan sahaja apa yang di inginkan oleh orang
tuanya.Biarlah, asal mereka bahagia.Mungkin wanita itu juga boleh membahagiakan
dia nanti.We wait and see.
JJJJJ
Seperti
yang di janjikan tepat jam 2.30 p.m Sufian setia menanti ketibaan tunangnya.
“Aissh!Mana
nie?Kata pukul 2 setengah.Batang hidung pun tak nampak lagi.Nak datang ke tak
nie?Tapi kalau dia datang,aku mesti tak kenal punya lah.Semalam aku lupa nak
mintak pic dia dengan mama.Adoii..masalah problem nie,”bebel Sufian sendirian.Persis
orang gila lah.
“Assalamualaikum,”satu
suara lunak lagi merdu menyapa.
“Waalaikumussalam,”Sufian
berpaling ke arah suara yang menegurnya.
Sufian
terpana melihat kecantikan wanita yang berada di hadapannya kini.Berbaju kurung
merah jambu dan dipadankan dengan warna rona tudung yang sama .So
sweet.Wajahnya tampak lembut.Satu senyuman terlakar di bibirnya menambahkan
lagi sweetnya.
‘Betul
kata mama.Dia memang cantik persis Heliza.Tapi benarkah apa yang di katakan
papa.Kita tunggu and see it.Eh jap!Dia nie betul ke tunang aku atau aku yang
syok sendiri.Nampak cantik terus je mengaku tunang.Poyolah,’bisik hati
kecilnya.
“Awak
nie Sufian Adriansyah ke?”Tutur wanita itu dengan nada yang sopan.
“Awak
nie.....,”
‘Eh,nama
fiancee aku apa ek?Lupa jugak nak tanya mama and papa aku.Macam mana
nie?’Sufian kelihatan kalut.
“Apalah
awak nie,nama tunang sendiri pun tak tahu.Mesti awak tak pernah ambil tahu
pasal saya kan?”Dia menduga Sufian.
‘Perghh!!!Tepat
mengena atas batang hidung aku.Memang betul,tak tipu sikit pun.Pandai dia
memerli aku.Control macho Pian.Jangan nampak sangat kau lemah di hadapan dia
nie,’Sufian membetulkan kolar bajunya.
“Ermm...Betullah
tu.Tetapi,ada tetapinya tau.Saya bukan tak nak ambil tahu cuma saya ingin tahu
sendiri dari tuan punya diri.Tak salahkan?”Giliran Sufian menguji si dia cantik
lagi jelita ini.
“Ok.I
love to.So siapa yang nak mulakan dulu sesi perkenalan yang tak rasmi nie?Me or
you?”Si dia tersenyum manis.
“Bak
kata lelaki gentleman, ladies first.Should you?”Sufian membuat riak wajah
comel.Memang comel tahap cipanlah.
“Fine.Nama
saya Indah Indira binti Farhan.Awak boleh panggil saya Indah.Not indah water
ok.Just Indah.Tak ada apa yang special tentang saya.Saya seorang yang simple
dan suka berterus terang.Kalau cara saya menyakitkan hati awak.I’m sorry,”
“Itu
saje ke?”
“Alah,cukuplah
tu.Kalau nak tahu lebih terperinci awak carilah sendiri,”Indah bersikap
bersahaja.
“Pulak
dah.Oklah,dari tak tahu langsung.My turn.Saya,Sufian Adriansyah.Panggil je
Pian.Sama macam awak jugak anak tunggal.Saya jenis lelaki yang tak suka
perempuan yang suka bercakap terus terang,”Sufian melemparkan reaksi serius ke
arah Indah sehingga wanita itu tertunduk memandang lantai.
“Just
kidding,”Sufian tertawa melihat air muka Indah berubah.
“Tak
lucu ok,”marah Indah.
“Orang
gurau jelah tadi.Orang tak kisah pun awak nie jenis yang macam mana.Janji nilai
seorang gadis melayu itu ada pada diri awak.I have one question for you,”
“Saya
akan jawab, kalau soalan itu tidak sesusah soalan SPM,”senda Indah.
“Well,
saya just nak tahu awak nie dah ada boyfriend atau belum?I think it easy
question,”
“Boyfriend
saya memang tak ada tapi kalau someone special tu adalah dan hubungan kami pun
dah berakhir 2 hari lepas,”kedengaran suara sayu Indah.
“Aikk!
Boyfriend dengan someone special.Apa bezanya dengan dua benda tu?Peliklah awak
nie,”Sufian mengaru kepalanya yang tidak gatal kerana hairan dengan kata-kata
gadis yang ada di hadapannya kini.
“Mestilah
berbeza.Dia jadi special untuk saya kerana dia sahabat yang paling memahami
diri saya. Dia sentiasa ada di kala sedih dan gembira.Banyak yang kami kongsi
bersama.Saya happy bila bersama dia but kami tak pernah declaire jadi sepasang
kekasih.Dia seorang lelaki yang baik,”jelas Indah panjang lebar.Wajahnya
kelihatan bersungguh-sungguh ketika menceritakan perihal sahabatnya itu.
‘Senasib
rupanya kita nie.Aku juga menganggap sweety love tu teman terspecial aku.Rindu
pulak aku dengan gadis YM tu.Huh...’keluh Sufian.
“Kenapa
awak mengeluh nie?Bosan ke dengar story saya nie?”Soal Indah
“Eh!Tak
adalah.Awak kata dia special.Kenapa awak putuskan persahabatan awak dengan
dia?”Sufian bertanya lagi.
“Tadi
kata nak tanya satu soalan jerr.Nie dah lebih dari satu.Apalah awak nie,”sindir
Indah.
“Ya
ke?Lupa pulak.Sorry sebab jadi wartawan tak bergaji pulak kat sini,”Sufian
tertunduk malu.
“Hello...
Korang ingat butik pengantin nie kedai kopi ke.Dari tadi asyik borak jerr.Penat
mak tunggu you all kat dalam tu,”seorang lelaki lembut datang ke arah mereka
yang sedang asyik berborak.
‘Potong
line betullah sotong nie.Dari mana pulak datangnya?Orang nak berbudi bicara
sikit pun tak boleh,’omel Sufian dalam hati.
“Sorry
Sam.Kitaorang lupa pulak agenda sebenar datang sini.Jomlah awak.Kita masuk
dalam, cuba baju pengantin,”ajak Indah yang sudah mengekori pondan bernama Sam.
‘Amboi
minah nie,cepat jerr dia masuk dalam tinggalkan aku kat sini.Macam aku dengan
dia pasangan yang sedang hot bercinta nak kahwin pulak.Perlu ke cuba baju
pengantin segala bagai tu?Mama nie pun satu baju melayu aku raya tahun lepaskan
ada,apa salahnya buat baju akad nikah.Tak sanding pun tak pe.Buat simple-simple
jelah.Ini tak, segala datuk nenek nak di undangnya.Leceh,’Sufian membebel
sendirian.Beberapa orang yang ada dalam butik tu memandang ke arahnya.Mungkin
diaorang fikir Sufian gila kali.
JJJJJ
Hampir
setengah jam Sufian menghadap skrin laptopnya.YM nya di buka dengan harapan
Sweety Love turut membuka sama YM nya.
‘Kan
betul dia dah tak buka YM dia,yang kau degil sangat tak nak percaya tu
kenapa.Sweety Love susahnya kite nak lupakan awak.Awak dah jampi serampah kat
kite ke?Nak nangis ase.Muncullah wahai bidadariku,’Sufian bertutur sendirian.
Kedengaran
nada handfonenya berbunyi.Sufian segera mengangkatnya.
“Hello,”Suara
malas Sufian menyapa tanpa melihat siapa pemanggilnya.
Namun
tiada suara yang membalasnya.
“Lain
kali kalau bisu tak payah pakai telefon membazir top up jerr.Tak tahu ke orang
tengah susah hati nie.Awek orang tak bukak YM.Orang tengah tunggu dialah nie.Kacau
betullah,”marah Sufian.
‘Lorrhh,patutlah
mesej rupanya.Aku ingatkan orang call tadi.Buat malu muka jelah.Sakit mental
dah aku nie.Kalah orang mati bini,’bebel Sufian sambil menekan butang inbox
mesej telefonnya.
Salam,esk jngan luper jemput
kite.Kite nak prgie rmh ank yatim.Awk dah jnji nk tman kite.Mngkn awk blh lupa
skejap psal sweety love awk tu.night :)
Indah rupanya yang menghantar mesej
kepadanya.Orang lain yang di ingati orang lain yang datang.Indah sudah sedia
maklum mengenai Sweety Love.Semua perkara di ceritakan Sufian kepada Indah.
‘Kenapa Indah bukan Sweety Love.Kalau tak
mesti aku tengah berbahagia sekarang nie.Bukannya bersedih kena kahwin
keterpaksaan macam nie.Indah nie pulak happy terlebih pulak aku tengok.Mungkin
dia dah syok giler kat aku yang handsome nie kot sampai lupa pasal someone special
dia tu.Mungkin Sweety Love pun tengah bahagia sekarang dengan bakal laki dia tu
sampai aku pun dia dah lupa.Waaa...tak suka hatinyerr,’
JJJJJ
“Terima kasih sebab bawak saya datang ke
sini.Saya rasa happy sangat,”ucap Sufian ikhlas.
Beberapa hari ini dia banyak belajar tentang
kepayahan hidup tanpa kedua ibubapa.Sufian kerap mengikut Indah ke rumah anak
yatim ini.Sufian bersyukur sangat kerana masih mempunyai mama dan
papanya.Walaupun tuan president tu sedikit garang.
“Tak payah berterima kasih dengan saya.Saya
ikhlas buat semua nie.Lagipun saya nak tengok macam mana awak layan budak-budak
kat sini.Saya jugak nak nilai awak nie boleh tak jadi ayah untuk anak-anak kite
nanti,”tutur Indah dengan nada selamba sambil tangannya melambai kearah budak
lelaki yang sedang bermain bola dengan kawan-kawanya.
‘Wah!Bukan main selamba badak jerr dia
menilai aku.Ini Sufian lah.Of course lulus jadi bapak orang walaupun aku
sendiri perangai macam budak-budak.Kekadang ajelah,’
“Amboi...Mengata kite dia yang lebih.Awak tu
dah ready ke nak jadi ibu untuk anak-anak kite nanti,”usik Sufian.
Wajah Indah kelihatan merona kemerahan.
‘Tahu pun malu,’Sufian tersengih sendiri.
Panorama ketika itu cukup indah.Gelak tawa
anak-anak yatim yang sedang bermain di padang itu menghiburkan hati Sufian dan
Indah.
“Awak dah lupakan dia?”Soal Indah tetiba.
Sufian kelihatan kaget dengan soalan itu.
“Maksud awak?”Dahi Sufian berkerut tanda
kurang mengerti.
“Sweety Love,”jawab Indah
“Sudah.Lagipun mungkin dia sudah lupakan
saya.Buat apa kite nak ingatkan orang yang dah lupakan kite kan.Saya sudah
tidak mampu berharap supaya dia muncul kembali.Kini saya sedar cerita antara
dia dan saya hanyalah satu hiburan semasa.Cerita kami hanya berbicara pada
YM.Alam maya bukan realiti.Saya tak pernah tahu siapa dia yang sebenarnya dan
dia pun tak kenal siapa saya so buat apa saya nak ingat pasal dia lagi.Not
penting at all.Apa yang saya tahu sekarang Sufian sudah di takdirkan bersama
Indah.Cuba menjadi pasangan yang mengenal cinta,”terang Sufian.
Entah kenapa baru beberapa hari bersama gadis
itu bagai sudah lama dia mengenali Indah.Sufian sudah mula belajar untuk
mencintai Indah.Sufian merasakan Indah gadis yang paling indah yang perlu dia
miliki. Sifatnya yang bersahaja sudah cukup membuat hati Sufian tertawan.
“Saya tak sangka awak sekejam itu Pian.Kite
ingat awak hargai persahabatan yang sudah sekian lama terjalin itu.Rupanya
dengan begitu mudah awak melupakannya.Saya benci awak,”Indah berlalu
meninggalkan Sufian yang terkedu dengan kata-kata kebencian yang di lemparkan
oleh Indah.
‘Apa kes pulak nie?Aku silap skrip ke?’Omel
Sufian.
“Awak tunggulah, saya silap cakap ke?Why awak
marah pulak nie?”Sufian mengejar Indah yang semakin menjauh.
“Saya benci awak.Saya awak benci!benci!”marah
Indah dalam tanggisan.
“Yerr, saya tahu awak benci saya.Tapi
berhentilah jap, jelaskan pada saya.Penatlah saya macam nie.Macam tengah buat
drama hindustan pulak dah nie,”
“Biarlah.Saya tak kira saya H.A.T.E kat awak
Pian Periang yang tak berapa periang.Sampai hati awak lupa pasal kite,”Indah
berhenti melangkah.
“OMG!Awak merepek apa nie?Awak ada kat depan
saya sekarang nie, mana ada masa saya nak lupakan awak,”ujar Sufian
termengah-mengah penat.
“Yerr, awak memang ingat Indah Indira tapi
awak lupa Sweety Love.You know what? i am Sweety Love,”jelas Indah.
Mendengar sahaja penjelasan daripada
Indah,Sufian terus berlalu dari situ.Panggilan Indah tidah di endahkan
olehnya.Kereta Sufian meluncur laju meninggalkan kawasan rumah anak yatim itu.
JJJJJ
“Mama!!!”pekik Sufian sebaik sahaja keluar
dari kereta.
Puan Farah meluru ke arah anaknya tu sebaik
sahaja mendengar panggilan itu.
“Kenapa dengan kamu nie Pian?Kena sawan
ke?”Soal Puan Farah dengan nada geram. Senduk yang ada di tangannya di ketuk di
bahu Sufian.
“Aduh!Sakitlah mama,”Sufian mengosok bahunya
yang sedikit sengal hasil penangan Puan Farah.
“Padan dengan muka kamu.Siapa suruh buat mama
terkejut?Nasib baik tak melambung kari ayam mama tadi.Kamu nak apa nie?Bukan ke
tadi kamu keluar dengan Indah?Cepat pulak kamu balik hari nie.Selalunya kalau
langit tu tak gelap,tak adanya kamu nak balik.”bebel Puan Farah.
“Ma,Pian nak mama percepatkan tarikh
perkahwinan Pian dengan Indah,”laju sahaja tutur bicara Sufian.
“Aiik!Pelik jerr bunyinyerr.Hari tu bukan
main lagi tak nak buat cepat-cepat. Hari nie lain pulak.Kamu buat something tak
elok yerr kat Indah,”Puan Farah memandang Sufian sambil mengecilkan matanya,
“Mama merepek apa nie?Sufian kuat iman
lagilah.Sampai hati mama cakap macam tu.Merajuk baru tahu,”Sufian sudah menarik
muncung empat belas.
“Mama gurau jelah. Mama tau anak mama nie
baik. Nanti mama bincang dengan papa yerr,”Bahu Sufian di usap lembut. Puan
Farah pantang melihat anak tunggalnya itu merajuk lagipun dia setuju sangat
kalau perkahwinan anaknya itu di percepatkan nanti lagi cepat dia menimang
cucu.
“Assalamualaikum,”
“Waalaikumussalam”Puan Farah dan Sufian
menjawab serentak.
“Indah rupanya.Masuklah,”pelawa Puan Farah
apabila melihat bakal menantunya berada di muka pintu.
Indah mengatur langkah sopan lalu bersalam
dengan Puan Farah. Sufian kelihatan menjeling ke arahnya. Indah tersentak
dengan jelingan yang di kira agak maut itu.
‘Marah kat aku lah tu,’desisi hati Indah.
“Mama,cakap kat Indah.Pian merajuk dengan dia
empat hari empat malam,”ujar Sufian sebelum mengangkat kaki ke taman rumahnya.
Indah terpinga mendengar ucapan Sufian tadi.
“Apa kena pulak dengan budak nie?”Soal Puan
Farah kehairanan.
“Tak apalah auntie. Indah jumpa Pian kejap
yerr,”pinta Indah.
“Yelah, kamu sabar sikit dengan perangai Pian
tu. Dia tu manja terlebih,”
Indah tersenyum mendengar kata-kata Puan
Farah tadi.
JJJJJ
“Awak,” Indah tayang muka comelnya.
Pian buat tak endah dengan kehadiran Indah
namun hatinya sedikit terusik melihat wajah comel Indah.
‘Apasal muka dia nie comel sangat. Nak
merajuk sikit pun tak boleh,’
“Pian, Indah nak mintak maaf pasal tadi.
Sepatutnya Indah tak marah Pian macam tu. I’m really sorry. Padahal bukan salah
Pian pun. Salah Indah sebab Indah yang putuskan perhubungan kita, tapi Indah
pulak yang beremosi terlebih. Pian sepatutnya marah Indah, bukannya Indah marah
Pian,”Indah mula sebak kelihatan air mata mengalir di pipinya.
Rasa bersalah mula menyelubungi hati sufian
apabila mendengar tangisan Indah.
“Indah janganlah menangis, Pian tak pernah
pun marah kat Indah malah Pian bersyukur sangat, gadis yang selama ini Pian
rindui rupanya ada begitu dekat dengan Pian. Bila Indah mengaku yang Indah nie
sweety love, Pian happy sangat, rasa macam dunia ini Pian yang punyer. So
jangan pernah rasa bersalah tau. Pian dah suruh mama cepatkan majlis kahwin
kite tau,” jelas Pian.
Ingin sahaja tangan ini menyapu air mata yang
mengalir itu. Belum sah lagi tau haram weii.
“Betul nie?” Indah inginkan kepastian.
“Betullah my sweety love,”kata Sufian dengan
yakin.
Indah dan Sufian saling bertentangan mata.
Hati masing-masing di penuhi dengan bunga-bunga cinta yang cukup mekar.
Ikatan yang sah menjadi saksi bertapa
agungnya cinta mereka berdua. Semoga hubungan ini kekal abadi selamanya.
JJJJJ
“Anje!!!!!Cepatlah.Baby dah nak keluar
nie,”Indah menjerit kesakitan.
“Sabarlah Sweety,dah nak sampai nie,”Sufian
memecut laju kereta toyata vios namun dia tetap berhati-hati supaya selamat
sampai ke hospital.
“Anje tahu suruh sabar jerr dari tadi.Cuba
anje kat tempat Sweety macam mana agaknya.Sakit tahu tak.Cepatlah anje.Sweety
tak nak beranak dalam kereta.Nanti baby kite tempat lahir dalam kereta.Tak nak
macam tu,”teriak Indah lagi.
“Ok,kite dah sampai,”Sufian bergegas turun
dari kereta mendapatkan isterinya yang berada di sebelah.
Indah di bawa ke bilik bersalin di temani
Sufian.Tidak berapa lama kemudian Indah selamat melahirkan sepasang bayi kembar
lelaki dan perempuan.Hari ini merupakan hari yang paling membahagiakan buat
mereka berdua setelah hampir setahun mereka di ijabkabulkan.Tanda cinta mereka
selamat di lahirkan.Adriana Sofia dan Edrian Sufri.
Walau sejauh mana kita berada kalau sudah
tersurat dia adalah jodoh kita pasti akan bersama dan walau sedekat mana pun
kita dengan dia tapi kalau sudah tiada jodoh pasti terpisah jua.
|