follower[s]
//mybloggieworld\\
Bonjour Fellas!



Hello sweet stalker[s] welcome to my bloggie world.leave your link at my taggie bord . Read and feel free to comment my entry

Navigate!

Diary About Links

Wanna Scream?




Credit Section!

Template by : LiyanaIzzati
Basecode made by : AreQil
Background : Nurul Atiqah
Header : Nurin Asyada
Best view : Google Chrome


cinta yang di cipta

cinta ini
cinta yang di cipta
tanda disedari



 Di hujung waktu ini aku cuba mengungkapkan rasa cinta ku ini kepadanya namun ku rasa dia semakin menjauh dariku.Persahabatan antara kami dulu semakin  kejauhan  kerana orang ketiga yang cemburu melihat keakraban  kami berdua.Aku mula mengenali dia ketika kali pertama aku menjejakkan kaki ke uitm Shah Alam.Dia merupakan seniorku.Tahun ketiga dalam bidang peniagaan.Sewaktu minggu orientasi,dia menjadi leader bagi pasukanku.Dia sangat baik kepada semua orang tetapi tidak pada aku kerana sikapku yang suka melawan cakapnya.Bagi aku,semua benda yang dia buat semua tak betul walaupun hakikatnya semua hal yang dia buat itu betul.Aku pun tak tahu kenapa aku anti sangat dengan dia.Kadang-kadang menyampah pun ada,mungkin kerana sikapnya yang suka control macho dan playboy .Ramai juga budak-budak junior seusia denganku duk tergila-gilakan dia.Entah apa yang ada pada dia ,selain muka yang agak hensem tu.Hensem lah jugak.Sikit.  
   
  Aku mula rapat dengan dia selepas insiden aku tersesat dalam hutan ketika minggu orientasi.Dialah yang bersusah payah mencari aku.Salah aku jugak gatal sangat merayap dalam hutan sorang-sorang,nak cari ketenangan konon.Alih-alih cari kesengsaraan.Selepas jumpa aku duk tersadai kat tepi sungai,dia pulak lupa nak cari jalan balik ke tapak perkhemahan kami.Dalam masa macam tu boleh pulak dia tergelak sorang-sorang.Sakit betul hati aku.Dia cakap kat aku janganlah risau,selagi dia ada di samping aku semuanya pasti selamat.Aku just mengiakan sahaja.Walaupun dalam hati sikit pun aku tak percayakan.Mana taknya dia tu lelaki aku pulak perempuan,macam-macam benda boleh jadi.Seram giler.Tapi nak buat macam mana,semua dah jadi.Selama dua hari tersesat dalam hutan,sikit sebanyak aku mula mengenali dirinya.Rupa-rupanya dia tidaklah seburuk yang aku sangka.He nice.Tak pernah ambil kesempatan terhadapku dan aku berasa selamat ketika berada di sampingnya.Sejak itulah kami mula rapat dan dia menganggap aku macam adik dia dan aku pulak menganggap dia seperti abangku dan tak lebih dari itu.Di mana ada dia,di situ pasti ada aku.Dia banyak membantu aku dalam soal pelajaran dan aku begitu menghargainya.Aku jugak selalu menjadi posmen surat cinta dia.Hari-hari pasti ada sahaja yang memberinya surat cinta.Naik jemu aku di buatnya.Kalau jadi posmen berbayar tak mengapa jugak,ini free je.Tak suka betul.Dalam banyak-banyak surat cinta yang dia dapat Cuma satu sahaja yang dia balas.Siapa agaknya orang yang bertuah itu?Ketika menerima surat itu bukan main tersenyum panjang lagi dia.Apabila aku bertanya siapakah orang itu.Katanya cinta yang selama ini yang dia nanti-nantikan.Maria.Dia mula tergila-gilakan minah nie sejak semester pertama lagi tapi tak berpeluang untuk mendekati kerana minah nie dah berpunya tapi sekarang kembali solo selepas balak dia pergi luar Negara.Frust jugak aku.Tapi,kenapa aku harus frust pulak?Firman Cuma abang angkat aku sahaja.Tetiba aku berasa cemburu sewaktu mereka mula berpacaran.Hubungan ku dengannya semakin renggang kerana dia banyak menghabiskan waktunya bersama Maria.Maria pula seolah-olah membenci diriku.Apabila aku ingin berbicara dengan Firman,matanya pasti merenung tajam kearahku.

  Suatu hari,Maria datang kepadaku,dia menyuruh aku tidak lagi bertemu dengan Firman.Aku kecewa.Tapi demi Firman aku menyerah kerana tak ingin Firman terluka di tinggalkan Maria ,gadis yang selama ini dia cintai .Setiap kali Firman cuba mendekatiku,aku pasti menjauh,meskipun aku begitu ingin berbicara dengannya.Aku rindukan suara serta gurau sendanya yang sentiasa membuat aku bahagia.Aku mula sedar yang aku mula mencintainya.Tapi apa dayaku,aku tak mungkin meluahkan isi hati ini.Semuanya sudah terlambat.Aku redha.Aku tak ingin memegang perasaan cinta ini terhadapnya lagi kerana aku sedar aku bukan untuknya.Walaupun tidak bersama dengan Maria,dia juga tak mungkin bersama dengan ku kerana umurku tidak lama lagi.Doktor mengesahkan aku menghidap kanser hati.Hidupku tak lama lagi,Cuma tinggal 3bulan.Aku menderita dan aku juga sedar yang dia tak pernah mencintaiku.Dia anggap aku seperti adiknya sahaja,that all.Namun aku tahu ada hikmah di sebalik kejadiaan ini.Suatu hari aku jatuh pengsan di dalam perpustakaan kerana sakit yang tidak dapat ku tahan.Aku fikir,aku sudah mati ketika itu namun Tuhan masih memberi aku peluang untuk bernafas di dunia ini.Sedar sahaja dari pengsan aku lihat Firman sedang menangis sambil tanganya mengenggam tanganku.Aku menyapu air matanya dengan jari jemariku.Tapi,apa yang buat dia menangis.Aku sendiri pun tak tahu.Mungkinkah,dia sudah mengetahui rahsia mengenai penyakitku.Diari hidupku,berada di atas ribaannya.Aku terpana.Setiap perjalanan hidup tercatat dalam diari itu.Aku yakin dia sudah membaca isi kandungan diari itu.Sebelum aku pengsan tadi,aku sempat mencatit isi hatiku terhadapnya.Firman merenung diriku,air matanya kelihatan bergenangan.Dia seoleh-oleh mencari penjelasan dari aku.

 “Kenapa Qaseh tak pernah cerita kat abang perkara yang sebenarnya?”Suaranya kedengaran serak sekali kerana terlampau banyak menangis.

  Aku tak tahu bagai hendak menjelaskan semua ini kepadanya.Aku keliru.Aku hanya mendiamkan diri.

 “Qaseh tahu tak yang abang juga menyimpan perasaan yang sama terhadap Qaseh.Abang cintakan Qaseh,”tuturnya dengan bersungguh-sungguh.
Adakah apa yang aku dengar tadi hanyalah mimpi?Aku kaget.

 “Maria?”Nama itu terkeluar dari bibirku.

 “Abang sengaja mendekati dia untuk membuat Qaseh cemburu.Abang nak tengok bagaimana reaksi Qaseh bila lihat  abang bersama dengannya. Abang tak pernah ada perasaan pada dia. perasaan abang hanya pada Qaseh sorang jerr,”ceritanya.

 Perlukah aku gembira dengan luahannya tadi?

 “Semuanya dah terlambat.Qaseh akan mati tak lama lagi.Kita tak mungkin akan dapat bersama.Abang jangan ganggu Qaseh lagi.Anggaplah Qaseh tak pernah wujud dalam hidup abang.Abang pergilah,”aku menarik kasar tanganku dari genggamannya,wajahku berpaling dari wajahnya.

 “Abang tak mungkin akan tinggalkan Qaseh,Qaseh bidadari dalam hidup abang.Qaseh adalah insan yang paling terindah yang pernah abang temui.Berikan abang peluang untuk membahagiakan Qaseh,”rayunya.

  Apa yang harus aku lakukan?Bukankah ini yang aku inginkan selama ini.Mendapatkan cinta dari lelaki bernama Firman.Tidak!Aku tak ingin dia melihat penderitaanku di saat aku menghembuskan nafas terakhirku.Biarlah dia mencari kebahagiaan dirinya dari gadis yang lain.

 “Tidak abang,kalau abang cintakan Qaseh,abang tolong jangan ganggu Qaseh lagi.Biarlah Qaseh berjuang sendiri untuk terus hidup,Qaseh tak mahu abang lihat penderitaan Qaseh di saat perjuangan terakhir Qaseh,”aku tetap berkeras.Biar apa pun  yang terjadi aku pasrah.

  Firman berlalu pergi dari tempat aku di rawat.Dia kelihatan terluka sekali dengan tindakanku.Maafkan aku sayang,aku percaya kelukaan mu itu hanya sementara kerana masih ada cinta yang menanti dirimu.Aku yakin dia bisa merawat kelukaanmu itu.Percayalah sayang pada kata cinta.Malam itu aku,tidurku di temani air mata kedukaan.Namun,itu semua tiada ertinya lagi,Firman tak mungkin akan kembali kepadaku.

  Sudah seminggu aku di rawat di hospital ini,selama itu Firman tak pernah muncul.Aku sedikit terkilan.Tapi itu juga kemahuanku.Aku terima.Doktor yang merawatku datang bertemuku pagi tadi,katanya penyakitku masih boleh di rawat.Aku gembira.Aku memerlukan penderma hati.Hati ibu dan ayahku tak sesuai denganku tapi ada seorang hamba Allah yang sudi mendermakan separuh hatinya untukku.Aku tertanya-tanya siapa dia?Doktor cakap selepas pembedahan aku akan tahu.Pembedahan ke atas diri aku berjaya.Aku bersyukur sekali.Sekali lagi aku bertanya kepada doktor,siapa yang mendermakan hati ini kepadaku.Aku ingin sekali bertemu dengannya dan mengucapkan terima kasih kepadanya.Aku di bawa bertemu dengan insan mulia itu.Aku terkejut besar apabila melihat orang yang sedang terbaring di katil itu rupa-rupanya Firman.Dia melemparkan senyuman kepadaku. Ya Allah,bertapa besarnya pengorbanan dia terhadapku.

  “Abang tak mungkin membiarkan orang yang abang cintai menderita sendiri dan berjuang sendiri,apa ertinya cinta sekiranya kita membiarkan orang yang kita cinta menderita .Demi cinta kita abang rela mengorbankan apa sahaja begitu jua nyawa abang.Kini hati kita menjadi satu dan abang berharap hati itu tidak akan berpisah selamanya sayang,”ujarnya lalu menyarungkan sebentuk cincin ke jari manisku.

   Aku tersenyum bahagia.Kini aku dan dia di satukan.Aku bahagia di sampingnya.Dia banyak mengajar aku erti persahabatan,cinta,dan pengorbanan.Hidup bergelar isterinya membawa makna yang mendalam dalam hidupku.Kalau dulu aku sahabatnya dan kekasihnya tapi kini aku isterinya dan juga di serikan dengan bukti cinta kami,dua orang cahaya mata kembar.Aku akan jadikan perjalanan hidupku ini sebagai satu  inspirasi cinta antara aku dan dia.Cinta yang telah di cipta.


(cerita rekaaan semata-mata yerr) ^^


0 Lovely babe!