follower[s]

|
Bonjour Fellas! ![]() Hello
Navigate! Wanna Scream? ![]() Credit Section! Template by : LiyanaIzzati Basecode made by : AreQil Background : Nurul Atiqah Header : Nurin Asyada Best view : Google Chrome |
Pelengkap hidupku
Aku bagaikan bintang yang tidak di temani malam.Malam yang sepi ini membawa diriku kepada kenangan yang lalu.Kenangan yang penuh dengan suka dan duka yang memberi banyak pengertian di sepanjang hidupku.Kenangan itu mengajar aku untuk menjadi seorang wanita yang tabah mengharungi kehidupan yang penuh dengan onak dan duri.“Fea,”Lamunan aku terhenti apabila mendengar namaku di panggil oleh sahabat baikku dunia dan akhirat.Qila,itulah namanya.Dia sahaja sahabat yang setia berada di sisiku.Kami berkongsi suka dan duka bersama sejak kecil lagi sehingga kini.Sudah 18 tahun usia persahabatan kami.Sejak zaman sekolah hingga ke alam perkerjaan kami bersama tak pernah berpisah.Macam kembar.Di mana ada dia,di situ ada aku.Dia begitu memahami diriku.“Kau masih ingatkan dia?”Soalan pertama yang di ajukan untukku.“Lambat balik.Seronok shopping dengan tunang tersayang?”Aku tidak menjawab soalan yang di ajukan tadi.Biarlah,aku tak mahu rosakkan mood dia yang tengah happy.Yelah,tak lama lagi dia bakal bergelar seorang isteri kepada Mohd Izuwan merangkap bos kat tempat kerja kami.Jalinan cinta Mr CEO and Miss Secatary.Hebat.“Miss Sofea Adriana binti Latif,”Qila tidak berpuas hati kerana aku tidak menjawab soalanya tadi.“Yes, Miss Kirana Shaqila,”“Please answer my question,”Qila memandang tepat ke wajahku.“Yes,i still remember him,”Aku kalah dengan renungan tajam matanya itu.Aku mendengar keluhan kecil dari Qila.Maafkan aku kawan.“Sampai bila Fea?Dah tiga tahun dia tinggalkan kau.Sampai bila kau nak seksa jiwa kau kerana dia.Kau kena terima hakikat dia bukan untuk kau.Lepaskan dia pergi dari hati kau Fea.Kau layak untuk rasa bahagia,jangan jadi kejam kepada diri sendiri,”Qila merayu kepadaku.Aku terharu.“Aku cuba Qila tapi apa daya aku.Aku masih cintakan dia.Hati aku cuma ada dia.Aku sangat sayang kat dia.Bagi aku, dia yang pertama dan yang terakhir sebagai pendamping hidupku.Aku akan terus berharap walau bertapa seksanya hidup aku kerana aku yakin dia akan kembali kepangkuan aku,”airmata aku mula membasahi pipiku.Aku pasrah.“Fea,aku tahu kau masih cinta dan sayangkan dia tapi dia macam mana?Dah tiga tahun dia tinggalkan kau tanpa sebarang khabar berita.Lelaki seperti itu ke yang kau harapkan dalam hidup kau.Please Fea,jangan jadi bodoh di sebabkan dia.Masih ramai lelaki yang sejuta kali lebih baik dari dia.Kalau dia cintakan kau,dah lama dia cari kau.Bukan biarkan kau menderita macam nie.Wake up Fea.Aku nak sangat tengok kau bahagia dengan lelaki yang tulus mencintai dan menghargai kau,”Aku melihat sahabat aku menangis kerana aku.Aku tahu dia sedih melihat keadaan diriku tapi apa daya aku?Aku tak minta semua ini terjadi.“Qila,setiap malam aku berdoa supaya aku dapat bertemu dengan dia kembali .Cuba faham aku Qila.Jangan paksa aku lupakan dia.Kau masih ingat kata-kata aku dulu.Cinta pertama dan terakhirku adalah suamiku.Lelaki yang kau suruh aku lupakan itu adalah suamiku.Aku masih isteri Tengku Rayyan Rezki yang sah.Walaupun aku tak tahu dia ada di mana sekarang nie tapi aku yakin dia juga masih mencintai aku.Aku akan berhenti berharap selepas dia melafazkan talak ke atas diri aku but not now.Aku akan menjadi seorang isteri yang setia menanti kehadiran suaminya,”Aku berlalu ke kamar tidurku meninggalkan sahabatku sendirian di beranda.Aku tahu dia kecewa dengan jawapanku.Aku merenungi bingkai gambar perkahwinan aku dengan Rayyan.Rona warna putih merah menjadi pilihan kami sewaktu hari persandingan.Bahagianya aku dan dia ketika itu.Tapi sayang,tak sampai setahun usia perkahwinan kami.Aku di tinggalkan Rayyan tanpa sebarang khabar.“Abang janji dengan Fea,abang akan jaga Fea.Abang akan mempertahankan cinta kita sampai akhir hayat.Fea cinta pertama dan yang terakhir abang.Abang mencintai Fea sepenuh hati abang,”aku masih ingat janji itu yang pernah dia luahkan ketika malam pertama kami.“Abang dah janji dengan Fea.Kenapa abang buat Fea macam nie?Fea menderita abang.Menderita sangat.Pulanglah abang.Fea rindu nak lihat wajah abang,nak dengar suara gelak tawa abang usik Fea,nak lihat senyuman abang dan bila Fea menangis, abang ada di sisi Fea sambil menyapu air mata Fea.Fea rindu untuk merasai itu semua.Jangan buat Fea macam nie abang,”malam itu aku merintih sendiri sambil bingkai gambar itu aku peluk erat.*****Sebulan kejadian malam itu berlalu.Sejak itu Qila sudah tidak cuba memujuk aku untuk melupakan Rayyan.Mungkin dia semakin faham dengan keadaan diri aku.Aku menjalani hidupku seperti biasa namun gelora di hati siapa yang tahu.Aku sedar hidup mesti di teruskan.Ini dugaan hidup aku,aku terima dengan ikhlas.Seikhlas hatiku.“Selamat pagi Fea,”Aku berhenti membuat pekerjaanku apabila Encik Izuwan menyapaku.“Selamat pagi bos.Ada apa yang boleh saya bantu?”Aku tahu setiap kali dia jumpa aku mesti ada benda yang dia nak aku buat.“Pandailah awak ni.Tahu je saya nak minta tolong dari awak,”pujinya sambil tersengih.“Dah biasa sangat nak buat macam mana,”ujarku.Dulu masa nak tackle Qila,akulah yang jadi orang tengah untuk menyakinkan Qila yang bos kami nie duk syok kat dia.“Saya nak awak tolong hantarkan proposal nie ke syarikat H.M Holding,”Encik Izuwan meletakan fail berwarna biru itu di atas meja kerjaku.“Kenapa bos tak hantar sendiri?Bukan ke fail nie penting.Kalau saya jual proposal nie kat orang lain macam mana?”Aku bertanya hairan.Selalunya dia akan pergi sendiri kat syarikat-syarikat yang ada urusan dengan syarikat kami.“Saya dah janji dengan Qila nak try baju pengantin jap lagi.Lagipun saya percaya awak takkan buat perkara terkutuk tu.Please help me.Penting nie,”Encik Izuwan bersungguh-sungguh meminta bantuanku.Aku menganggukan kepala tanda setuju.“Yes,thanks Fea.Saya pergi dulu,”dia berlalu dari tempatku.Mujurlah dia tu fiance sahabat aku.*****Setengah jam kemudian aku tiba di Syarikat H.M Holding.Syarikat ini baru sahaja berkerjasama dengan syarikat tempat aku bekerja.Syarikat ini juga masih baru lagi,tak sampai dua tahun beroperasi.Walaupun masih baru tapi banyak projek-projek pembangunan yang berjuta-juta ringgit di uruskan di sini.Tak hairanlah syarikat ini kelihatan gah sekali.Aku pergi ke kaunter pertanyaan untuk mengetahui di mana aku boleh bertemu Encik Nizam.Aku perlu menghantar proposal ini kepada dia.Selepas itu aku di minta ke tingkat 20.Di situ aku bertemu Encik Nizam.Encik Nizam mesra orangnya.Aku di jemput masuk ke pejabatnya.Setelah meneliti proposal yang aku bawa tadi,dia kelihatan berpuas hati.“Baiklah,saya akan mempertimbangkan cadangan-cadangan yang ada di sini.Cik Sofea jangan bimbang,kalau bahan mentah yang di bekalkan oleh syarikat cik Sofea mengikut piawaian yang betul,kami akan berkerjasama dengan cik.Tapi sekarang saya kena bincang dengan kawan saya dulu.Apa-apahal nanti saya akan call cik untuk memberi keputusan,”ujarnya.“Terima kasih encik Nizam.Encik jangan khuatir,syarikat kami tak pernah membekalkan bahan mentah yang tidak bermutu kerana kami sedar sekiranya itu yang terjadi,sama seperti kami membunuh.Yelah,sesebuah bangunan akan selamat sekiranya bahan yang di gunakan itu mengikut piawaian yang betul .Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu.Assalamualaikum,”sejurus itu aku beredar dari situ.Hati aku senang dengan keputusan encik Nizam tadi.Aku tersenyum sendiri.Senyuman aku mati setelah pintu lif terbuka.Orang yang berada dalam perut lif itu persis Rayyan.Benarkah apa yang aku sedang lihat ini?Aku seperti mahu pengsan ketika itu.Air mata mula membasahi pipi aku.“Cik,nak masuk ke tak nie?”Soalnya agak kasar.Aku tersentak.“Abang,”aku meluru ke arahnya.Aku memeluk erat tubuhnya.Rayyan kelihatan terkejut dengan tindakanku.Di saat itu hanya aku dan dia berada dalam lif.“Are you crazy?Kau siapa tetiba panggil aku abang?Bila masa pulak aku jadi abang kau?”Dia menolak kasar tubuhku.Aku terdorong ke belakang.Pilu hati aku dengan perbuatannya itu.“Sampai hati abang buat Fea macam nie.Ini Fea abang,isteri abang.Tiga tahun abang menghilang.Mana abang pergi?Puas Fea cari.Bila Fea tanya mama dengan papa abang,diaorang kata tak tahu abang ke mana,”ucapku teresak-esak.“Kau nie betul-betul gilalah perempuan.Aku tak pernah kahwin pun.Kau salah oranglah.Dahlah kau jangan ganggu aku lagi,”tuturnya dengan nada yang marah lalu keluar dari lif.Aku mengekorinya.Dia berhenti melangkah tika aku menyeru namanya.“Tengku Rayyan Rezki.Mana mungkin Fea boleh lupa suami Fea.Suami yang selama ini Fea tunggu dengan penuh sabar.Setiap hari Fea berharap dia kembali ke pangkuan Fea.Berharap suatu hari nanti dia dapat memberi jawapan kepada persoalan Fea.Kenapa abang tinggalkan Fea?Apa salah Fea?Kalau abang benci Fea kenapa tak ceraikan Fea?Kenapa biarkan Fea gantung tak bertali?Jahat sangat ke Fea pada abang?Jawab abang!”pekik aku.Bergema bangunan H.M Holding dengan suaraku.Hilang sudah rasa hormatku pada dia.“Hei!!Kau tak tahu malu ke buat kecoh kat sini?Aku langsung tak kenal kau dan macam mana pulak kau tahu nama aku?Ooo..baru aku faham.Mesti ada orang yang upah kau buat kerja nie kan.Berapa dia bayar kau?”Tuturnya sambil tersenyum sinis ke arahku.Aku sakit hati dengan kata-katanya itu.Jujur sakit sangat.Aku menampar pipinya.Rayyan terpana.“Kau nak tahu siapa yang bayar aku?Engkau yang bayar aku untuk lakukan semua ini.Kau bayar aku dengan lukakan hati aku,hancurkan cinta aku,musnahkan kebahagian aku, kau leburkan segala harapan aku dan kau gadaikan maruah aku sebagai seorang isteri.Puas hati kau sekarang!!”Aku sudah tidak mampu mempertahankan kesabaran aku.“Tiga tahun aku tunggu kau macam orang bodoh.Setiap kali sahabat aku menyuruh aku lupakan kau,aku tetap berdegil nak mempertahankan cinta aku terhadap kau di hati ini walau sakit sangat aku rasa.Aku rasa kau juga masih cintakan aku tapi aku salah.Kau bukan sahaja lupakan cinta kita malah kau lupakan aku,isteri kau yang sah,”lututku terasa lemah.Aku terduduk di atas lantai.Aku tak mampu berdiri lagi.Qila benar kata kau,dia dah lupakan aku.Ya Allah benarkah dia insan yang aku cari selama ini.“Fea,first sekali aku nak kau tahu aku minta maaf sebab berkasar dengan kau tadi.Second,aku betul-betul tak kenal kau.Mungkin aku dengan suami kau..”belum sempat dia habis bicara.“Rayyan,apa yang kecoh sangat nie?”Aku kenal suara tu.Aku berpaling ke belakang.“Papa,”ucap aku dan Rayyan serentak.Tengku Raif kelihatan terperanjat melihat kehadiranku di situ.Aku mengagahkan diriku untuk berdiri.Tak dapat aku bayangkan bertapa buruknya wajah aku ketika itu.“Apa Fea buat dekat sini?”Soal Tengku Raif.“You know her papa?”Rayyan terkejut kerana papanya mengenaliku.Aku keliru.“Apa semua ini papa?Sandiwara apa yang papa dengan Rayyan mainkan nie?”Aku mendesak Tengku Raif untuk menjawab soalanku.“Fea sabar,”Tengku Rif cuba buat aku bertenang.“Fea dah habis sabar.Dah tiga tahun Fea bersabar.Right now i want both of you tell me the truth.Jangan permainkan Fea lagi,”aku merenung tajam ke arah bapa mertuaku ini.Dia kelihatan gelabah semacam.“Apa semua nie papa?Siapa perempuan nie?Is that true she is my wife?”Aku tak tahulah apa dah jadi dengan Rayyan sampai dia boleh lupa siapa aku.Terlebih makan semut ke?“Rayyan,Fea.Di sini bukan tempat yang sesuai untuk kita bincangkan hal ini.Tak elok kalau staf-staf kat pejabat nie lihat korang gaduh macam nie.Malu.Jom ikut papa masuk ke bilik papa.Dalam sana nanti papa akan explain dari awal sampai akhir,” |