follower[s]
//mybloggieworld\\
Bonjour Fellas!



Hello sweet stalker[s] welcome to my bloggie world.leave your link at my taggie bord . Read and feel free to comment my entry

Navigate!

Diary About Links

Wanna Scream?




Credit Section!

Template by : LiyanaIzzati
Basecode made by : AreQil
Background : Nurul Atiqah
Header : Nurin Asyada
Best view : Google Chrome


PeLengKap HiDupKu

Pelengkap Hidupku
 Aku bagaikan bintang yang tidak di temani malam.Malam yang sepi ini membawa diriku kepada kenangan yang lalu.Kenangan yang penuh dengan suka dan duka yang memberi banyak pengertian di sepanjang hidupku.Kenangan itu mengajar aku untuk menjadi seorang wanita yang tabah mengharungi kehidupan yang penuh dengan onak dan duri.
“Fea,”
Lamunan aku terhenti apabila mendengar namaku di panggil oleh sahabat baikku dunia dan akhirat.Qila,itulah namanya.Dia sahaja sahabat yang setia berada di sisiku.Kami berkongsi suka dan duka bersama sejak kecil lagi sehingga kini.Sudah 18 tahun usia persahabatan kami.Sejak zaman sekolah hingga ke alam perkerjaan kami bersama tak pernah berpisah.Macam kembar.Di mana ada dia,di situ ada aku.Dia begitu memahami diriku.
“Kau masih ingatkan dia?”Soalan pertama yang di ajukan untukku.
“Lambat balik.Seronok shopping dengan tunang tersayang?”Aku tidak menjawab soalan yang di ajukan tadi.Biarlah,aku tak mahu rosakkan mood dia yang tengah happy.Yelah,tak lama lagi dia bakal bergelar seorang isteri kepada Mohd Izuwan merangkap bos kat tempat kerja kami.Jalinan cinta Mr CEO and Miss Secatary.Hebat.
“Miss Sofea Adriana binti Latif,”Qila tidak berpuas hati kerana aku tidak menjawab soalanya tadi.
“Yes, Miss Kirana Shaqila,”
“Please answer my question,”Qila memandang tepat ke wajahku.
“Yes,i still remember him,”Aku kalah dengan renungan tajam matanya itu.
Aku mendengar keluhan kecil dari Qila.Maafkan aku kawan.
“Sampai bila Fea?Dah tiga tahun dia tinggalkan kau.Sampai bila kau nak seksa jiwa kau kerana dia.Kau kena terima hakikat dia bukan untuk kau.Lepaskan dia pergi dari hati kau Fea.Kau layak untuk rasa bahagia,jangan jadi kejam kepada diri sendiri,”Qila merayu kepadaku.Aku terharu.
“Aku cuba Qila tapi apa daya aku.Aku masih cintakan dia.Hati aku cuma ada dia.Aku sangat sayang kat dia.Bagi aku, dia yang pertama dan yang terakhir sebagai  pendamping hidupku.Aku akan terus berharap walau bertapa seksanya hidup aku kerana aku yakin dia akan kembali kepangkuan aku,”airmata aku mula membasahi pipiku.Aku pasrah.
“Fea,aku tahu kau masih cinta dan sayangkan dia tapi dia macam mana?Dah tiga tahun dia tinggalkan kau tanpa sebarang khabar berita.Lelaki seperti itu ke yang kau harapkan dalam hidup kau.Please Fea,jangan jadi bodoh di sebabkan dia.Masih ramai lelaki yang sejuta kali lebih baik dari dia.Kalau dia cintakan kau,dah lama dia cari kau.Bukan biarkan kau menderita macam nie.Wake up Fea.Aku nak sangat tengok kau bahagia dengan lelaki yang tulus mencintai dan menghargai kau,”Aku melihat sahabat aku menangis kerana aku.Aku tahu dia sedih melihat keadaan diriku tapi apa daya aku?Aku tak minta semua ini terjadi.
“Qila,setiap malam aku berdoa supaya aku dapat bertemu  dengan dia kembali .Cuba faham aku Qila.Jangan paksa aku lupakan dia.Kau masih ingat kata-kata aku dulu.Cinta pertama dan terakhirku adalah suamiku.Lelaki yang kau suruh aku lupakan itu adalah suamiku.Aku masih isteri Tengku Rayyan Rezki yang sah.Walaupun aku tak tahu dia ada di mana sekarang nie tapi aku yakin dia juga masih mencintai aku.Aku akan berhenti berharap selepas dia melafazkan talak ke atas diri aku but not now.Aku akan menjadi seorang isteri yang setia menanti kehadiran suaminya,”Aku berlalu ke kamar tidurku meninggalkan sahabatku sendirian di beranda.Aku tahu dia kecewa dengan jawapanku.
Aku merenungi bingkai gambar perkahwinan aku dengan Rayyan.Rona warna  putih merah menjadi pilihan kami sewaktu hari persandingan.Bahagianya aku dan dia ketika itu.Tapi sayang,tak sampai setahun usia perkahwinan kami.Aku di tinggalkan Rayyan tanpa sebarang khabar.
“Abang janji dengan Fea,abang akan jaga Fea.Abang akan mempertahankan cinta kita sampai akhir hayat.Fea cinta pertama dan yang terakhir abang.Abang mencintai Fea sepenuh hati abang,”aku masih ingat janji itu yang pernah dia luahkan ketika malam pertama kami.
“Abang dah janji dengan Fea.Kenapa abang buat Fea macam nie?Fea menderita abang.Menderita sangat.Pulanglah abang.Fea rindu nak lihat wajah abang,nak dengar suara gelak tawa abang usik Fea,nak lihat senyuman abang dan bila Fea menangis, abang ada di sisi Fea sambil menyapu air mata Fea.Fea rindu untuk merasai itu semua.Jangan buat Fea macam nie abang,”malam itu aku merintih sendiri sambil bingkai gambar itu aku peluk erat.
*****
Sebulan kejadian malam itu berlalu.Sejak itu Qila sudah tidak cuba memujuk aku untuk melupakan Rayyan.Mungkin dia semakin faham dengan keadaan diri aku.Aku menjalani hidupku seperti biasa namun gelora di hati siapa yang tahu.Aku sedar hidup mesti di teruskan.Ini dugaan hidup aku,aku terima dengan ikhlas.Seikhlas hatiku.
“Selamat pagi Fea,”Aku berhenti membuat pekerjaanku apabila Encik Izuwan menyapaku.
“Selamat pagi bos.Ada apa yang boleh saya bantu?”Aku tahu setiap kali dia jumpa aku mesti ada benda yang dia nak aku buat.
“Pandailah awak ni.Tahu je saya nak minta tolong dari awak,”pujinya sambil tersengih.
“Dah biasa sangat nak buat macam mana,”ujarku.Dulu masa nak tackle Qila,akulah yang jadi orang tengah untuk menyakinkan Qila yang bos kami nie duk syok kat dia.
“Saya nak awak tolong hantarkan proposal nie ke syarikat H.M Holding,”Encik Izuwan meletakan fail berwarna biru itu di atas meja kerjaku.
“Kenapa bos tak hantar sendiri?Bukan ke fail nie penting.Kalau saya jual proposal nie kat orang lain macam mana?”Aku bertanya hairan.Selalunya dia akan pergi sendiri kat syarikat-syarikat yang ada urusan dengan syarikat kami.
“Saya dah janji dengan Qila nak try baju pengantin jap lagi.Lagipun saya percaya awak takkan buat perkara terkutuk tu.Please help me.Penting nie,”Encik Izuwan bersungguh-sungguh meminta bantuanku.Aku menganggukan kepala tanda setuju.
“Yes,thanks Fea.Saya pergi dulu,”dia berlalu dari tempatku.Mujurlah dia tu fiance sahabat aku.
*****
Setengah jam kemudian aku tiba di Syarikat H.M Holding.Syarikat ini baru sahaja berkerjasama dengan syarikat tempat aku bekerja.Syarikat ini juga masih baru lagi,tak sampai dua tahun beroperasi.Walaupun masih baru tapi banyak projek-projek pembangunan yang berjuta-juta ringgit di uruskan di sini.Tak hairanlah syarikat ini kelihatan gah sekali.Aku pergi ke kaunter pertanyaan untuk mengetahui di mana aku boleh bertemu Encik Nizam.Aku perlu menghantar proposal ini kepada dia.Selepas itu aku di minta ke tingkat 20.Di situ aku bertemu Encik Nizam.Encik Nizam mesra orangnya.Aku di jemput masuk ke pejabatnya.Setelah meneliti proposal yang aku bawa tadi,dia kelihatan berpuas hati.
“Baiklah,saya akan mempertimbangkan cadangan-cadangan yang ada di sini.Cik Sofea jangan bimbang,kalau bahan mentah yang di bekalkan oleh syarikat cik Sofea mengikut piawaian yang betul,kami akan berkerjasama dengan cik.Tapi sekarang saya kena bincang dengan kawan saya dulu.Apa-apahal nanti saya akan call cik untuk memberi keputusan,”ujarnya.
“Terima kasih encik Nizam.Encik jangan khuatir,syarikat kami tak pernah membekalkan bahan mentah  yang tidak bermutu kerana kami sedar sekiranya itu yang terjadi,sama seperti kami membunuh.Yelah,sesebuah bangunan akan selamat sekiranya bahan yang di gunakan itu mengikut piawaian yang betul .Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu.Assalamualaikum,”sejurus itu aku beredar dari situ.Hati aku senang dengan keputusan encik Nizam tadi.Aku tersenyum sendiri.
Senyuman aku mati setelah pintu lif terbuka.Orang yang berada dalam perut lif itu persis Rayyan.Benarkah apa yang aku sedang lihat ini?Aku seperti mahu pengsan ketika itu.Air mata mula membasahi pipi aku.
“Cik,nak masuk ke tak nie?”Soalnya agak kasar.Aku tersentak.
“Abang,”aku meluru ke arahnya.Aku memeluk erat tubuhnya.Rayyan kelihatan terkejut dengan tindakanku.Di saat itu hanya aku dan dia berada dalam lif.
“Are you crazy?Kau siapa tetiba panggil aku abang?Bila masa pulak aku jadi abang kau?”Dia menolak kasar tubuhku.Aku terdorong ke belakang.Pilu hati aku dengan perbuatannya itu.
“Sampai hati abang buat Fea macam nie.Ini Fea abang,isteri abang.Tiga tahun abang menghilang.Mana abang pergi?Puas Fea cari.Bila Fea tanya mama dengan papa abang,diaorang kata tak tahu abang ke mana,”ucapku teresak-esak.
“Kau nie betul-betul gilalah perempuan.Aku tak pernah kahwin pun.Kau salah oranglah.Dahlah kau jangan ganggu aku lagi,”tuturnya dengan nada yang marah lalu keluar dari lif.Aku mengekorinya.Dia berhenti melangkah tika aku menyeru namanya.
“Tengku Rayyan Rezki.Mana mungkin Fea boleh lupa suami Fea.Suami yang selama ini  Fea tunggu dengan penuh sabar.Setiap hari Fea berharap dia kembali ke pangkuan Fea.Berharap suatu hari nanti dia dapat memberi jawapan kepada persoalan Fea.Kenapa abang tinggalkan Fea?Apa salah Fea?Kalau abang benci Fea kenapa tak ceraikan Fea?Kenapa biarkan Fea gantung tak bertali?Jahat sangat ke Fea pada abang?Jawab abang!”pekik aku.Bergema bangunan H.M Holding dengan suaraku.Hilang sudah rasa hormatku pada dia.
“Hei!!Kau tak tahu malu ke buat kecoh kat sini?Aku langsung tak kenal kau dan macam mana pulak kau tahu nama aku?Ooo..baru aku faham.Mesti ada orang yang upah kau buat kerja nie kan.Berapa dia bayar kau?”Tuturnya sambil tersenyum sinis ke arahku.Aku sakit hati dengan kata-katanya itu.Jujur sakit sangat.Aku menampar pipinya.Rayyan terpana.
“Kau nak tahu siapa yang bayar aku?Engkau yang bayar aku untuk lakukan semua ini.Kau bayar aku dengan lukakan hati aku,hancurkan cinta aku,musnahkan kebahagian aku, kau leburkan segala harapan aku dan kau gadaikan maruah aku sebagai seorang isteri.Puas hati kau sekarang!!”Aku sudah tidak mampu mempertahankan kesabaran aku.
“Tiga tahun aku tunggu kau macam orang bodoh.Setiap kali sahabat aku menyuruh aku lupakan kau,aku tetap berdegil nak mempertahankan cinta aku terhadap kau di hati ini walau sakit sangat aku rasa.Aku rasa kau juga masih cintakan aku tapi aku salah.Kau bukan sahaja lupakan cinta kita malah kau lupakan aku,isteri kau yang sah,”lututku terasa lemah.Aku terduduk di atas lantai.Aku tak mampu berdiri lagi.Qila benar kata kau,dia dah lupakan aku.Ya Allah benarkah dia insan yang aku cari selama ini.
“Fea,first sekali aku nak kau tahu aku minta maaf sebab berkasar dengan kau tadi.Second,aku betul-betul tak kenal kau.Mungkin aku dengan suami kau..”belum sempat dia habis bicara.
“Rayyan,apa yang kecoh sangat nie?”
Aku kenal suara tu.Aku berpaling ke belakang.
“Papa,”ucap aku dan Rayyan serentak.
Tengku Raif kelihatan terperanjat melihat kehadiranku di situ.Aku mengagahkan diriku untuk berdiri.Tak dapat aku bayangkan bertapa buruknya wajah aku ketika itu.
“Apa Fea buat dekat sini?”Soal Tengku Raif.
“You know her papa?”Rayyan terkejut kerana papanya mengenaliku.Aku keliru.
“Apa semua ini papa?Sandiwara apa yang papa dengan Rayyan mainkan nie?”Aku mendesak Tengku Raif untuk menjawab soalanku.
“Fea sabar,”Tengku Rif cuba buat aku bertenang.
“Fea dah habis sabar.Dah tiga tahun Fea bersabar.Right now i want both of you tell me the truth.Jangan permainkan Fea lagi,”aku merenung tajam ke arah bapa mertuaku ini.Dia kelihatan gelabah semacam.
“Apa semua nie papa?Siapa perempuan nie?Is that true she is my wife?”Aku tak tahulah apa dah jadi dengan Rayyan sampai dia boleh lupa siapa aku.Terlebih makan semut ke?
“Rayyan,Fea.Di sini bukan tempat yang sesuai untuk kita bincangkan hal ini.Tak elok kalau staf-staf kat pejabat nie lihat korang gaduh macam nie.Malu.Jom ikut papa masuk ke bilik papa.Dalam sana nanti papa akan explain dari awal sampai akhir,”
Tahu jugak malu orang tua nie.
Sesampai je kat bilik Tengku Raif.Dia mempersilakan aku dan Rayyan duduk.Selepas menarik nafas beberapa kali.Tengku Raif memulakan bicara.Walau apa sahaja yang di bicara oleh Tengku Raif kami berdua tidak di benarkan bersuara sehinggalah dia habis menceritakan hal yang berlaku.
“Rayyan,Fea.Papa nak minta maaf atas apa yang berlaku.Ini semua berlaku salah papa dan arwah mama.Kami tak dapat terima menantu miskin macam Fea,Kerana Fea,Rayyan tinggalkan family dan kemewahan yang dia ada.Rayyan sanggup lari pada hari perkahwinan dia dengan Gina anak rakan kongsi papa.Kami malu sangat waktu tu dan kerana itulah kami sanggup lakukan apa sahaja supaya kamu berdua tak bersama.Macam-macam perkara papa dan mama rancang nak pisahkan kamu berdua,tapi tak berhasil.Sehinggalah Rayyan terlibat dalam kemalangan jalanraya sewaktu nak ke kerja.Kebetulan Rayyan di hantar ke hospital tempat kawan papa bekerja.Kawan papa call papa,dia beritahu papa keadaan Rayyan kritikal.Selepas beberapa bulan Rayyan sedar dari koma.Rayyan hilang ingatan dan masa tulah papa dan mama rancang untuk tidak memberitahu Rayyan tentang kewujudan Fea.Fea pernah beberapa kali datang jumpa papa dan mama untuk bertanya pasal Rayyan tapi kami halau dia dan salahkan dia atas kehilangan Rayyan.Padahal waktu tu papa hantar Rayyan ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran di UK.Rayyan ingat tak Rayyan pernah cakap kat papa yang Rayyan selalu bermimpikan seorang perempuan yang memakai gaun pengantin putih merah sedang tersenyum ke arah Rayyan.Papa yakin perempuan itu adalah Fea sebab pakaian pengantin kamu berdua merah putih.Papa sedar jodoh kamu berdua memang kuat.Walaupun Rayyan tak ingat siapa Fea tapi dia selalu mimpikan Fea dan Fea pula,walaupun sekian lama di tinggalkan,Fea masih setia menanti,sekali lagi papa minta maaf.Sekarang ini terpulang kepada kamu berdua sama ada nak still bersama atau tidak,”kedengaran kekesalan dari Tengku Raif.
“Kenapa baru sekarang papa nak bagitahu Rayyan?Papa tahu tak Rayyan hampir-hampir membuang orang yang Rayyan cinta dari hidup Rayyan.Rayyan marah dia,caci dia kat depan orang ramai tadi.Rayyan dah musnahkan harapan isteri Rayyan.Ini semua kerana sikap tamak papa tu.Rayyan kecewa dengan papa,”aku memandang sekilas suamiku.Cinta lagikah dia padaku?
“Rayyan,papa memang nak cerita semua ini tapi papa tak tahu nak mulakan dari mana.Hinggalah papa lihat kejadian tadi and papa rasa ini masa yang sesuai untuk papa berterus-terang,”jelas Tengku Rayyan.
Aku kelu tanpa bicara.Aku keliru samaada aku harus gembira ataupun sedih.Aku gembira kerana semua berlaku bukan salah Rayyan tapi aku sedih kerana aku tak pasti Rayyan akan pulang di sampingku ataupun tidak.Satu perkara yang aku pasti,aku mahu beredar dari situ.Aku ingin bersendirian untuk seketika.Aku keluar dari bilik itu tergesa-gesa.Aku mendengar Rayyan memanggil-manggil namaku.Namun aku sikit pun tidak berpaling.
Aku menuju ke lif tapi memakan masa yang lama untuk terbuka pintunya.Rayyan pula mengejar aku dari belakang.Aku malu bila teringat kejadian tadi.Tak sepatutnya aku salahkan diri dia.Dia juga mangsa keadaan.Aku tak mahu jumpa dia sekarang.Aku berlari turun ke bawah menggunakan tangga.Dari tingkat 12 nak ketingkat 1 boleh pengsan aku.Lantaklah,janji dapat lari dari Rayyan.Please Rayyan jangan ikut Fea.Aku jerit dalam hati.Sampai tingkat 10 aku terdengar jeritan Rayyan.
Arrgh!
Aku berpaling ke belakang.Rayyan jatuh.Aku lihat Rayyan terbaring lesu.Dahinya berdarah.Aku menerpa ke arahnya lalu memangku kepalanya.
Abang??
Beberapa kali aku memanggilnya tapi sia-sia dia tidak memberi respon.Denyutan jantungnya semakin lemah.Aku begitu takut.Takut kehilangan dia selamanya.
“Abang,maafkan Fea.Bangunlah abang.Jangan buat Fea macam nie.Jangan tinggalkan Fea lagi.Abang dah janji nak jaga Fea.Kalau abang cintakan Fea,buka lah mata abang,”aku menangis semahu-mahunya.
*****
“Fea,abang kat mana nie?”Suara lemah itu menyeru namaku.
“Abang dah sedar.Syukurlah.Abang kat hospital.Maafkan Fea abang.Gara-gara Fea abang jadi macam nie,”aku mengucup lembut tangannya.
“Bukan salah Fea.Salah abang sebab tak hati-hati tadi.Kenapa Fea lari tadi?”Soal Rayyan
“Fea sebenarnya malu sebab marah abang tak tentu pasal tadi.Padahal bukan salah abang.Sorry errkk,”aku tertunduk malu.
“Memang patut Fea buat macam tu tadi kat abang.Maafkan abang Fea.Dahlah,kita jangan bahas lagi benda yang lalu Cuma satu je abang minta Fea jangan buat lagi,”
“Apa dia?”Soalku
“Sayang jangan lari macam tadi.Penat abang kejar.Abang tahulah sayang tu juara pecut sekolah tapi janganlah dengan suami sendiri pun nak main kejar-kejar,”ujarnya sambil ketawa.
“Abang dah ingat??”Aku bersorak gembira.
“Abang dah ingat semuanya.Mungkin sebab terhantuk kat dinding tadi wayar kat kepala abang on balik.Tak sia-sia tergolek macam nangka busuk tadi,”senda Rayyan.
“Abang nie.Suka sangat bergurau.Dahlah,doktor suruh abang rehat cukup-cukup.Nanti sakit kepala tu baru tahu,”marahku dengan perangainya yang kebudak-budakan.
“Fea kan ada.Fea boleh jaga abang.Sayang,kiss abang boleh?Dah lama sayang tak kiss abang”Pintanya dengan nada suara yang manja sambil jari telunjuk di letakan pada pipinya.
Aduh!
Satu cubitan singgah di lengannya.Padan muka.Gatal sangat.
“Sampai hati Fea cubit abang.Report kat papa kan,”rajuknya.
“Reportlah,”aku menduga
“Papa!!!!!!!!Fea cubit Rayyan sebab kite mintak dia kiss,”tanpa di duga dia buat betul-betul.Kecoh satu hospital.Malu aku.Malu di hadapan papa,Qila dan Izuwan.Walau mereka berada di luar tapi aku tahu suara Rayyan yang kuat itu sudah cukup membuat mereka dengar,apa lagi aku mendengar gelak tawa mereka di luar.Nasiblah aku dapat hubby manja.
Aku tersenyum sendiri.
“Abang rindukan senyuman Fea,”sayu hatiku melihat dia berwajah sedih.Tanpa di tahan air mataku menitis lagi.Rayyan menyapu air mataku lalu mengucup dahiku.
“Jangan menangis sayang.Abang nak sayang sentiasa tersenyum dan gembira.Abang janji tak tinggalkan sayang lagi.You are my first love dan cinta terakhir abang,”Rayyan memeluk erat tubuhku seperti tidak mahu melepaskan aku.Aku bahagia.Terima kasih Ya Allah,Engkau pulangkan suamiku ke sisi hidupku.
Cinta memang pelik.Aku bersyukur, kini pelengkap hidupku kembali setelah tiga tahun aku menanti kepulangannya.Aku berkongsi rasa bahagia ini dengan orang-orang yang aku sayang.Qila dengan Izuwan dah selamat di ijabkabulkan.Papa kini berada di Mekah menjalani fardhu haji.Aku dan pelengkap hidupku sedang berbahagia menanti saat kelahiran baby kami.



Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila aku ada di sisimu peluklah aku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Kerana hanya dirimu belahan jiwa pelengkap hidupku...
31mac2011 2.55a.m





1 Lovely babe!